Bagaimana Memanfaatkan Kisah-Kisah Dalam al-Qur’an?

Dalam bab sebelumnya, ketika membicarakan Tips # 4, penulis menyebut bahawa hendaklah kita menyedari bahawa al-Qur’an ditujukan kepada diri kita sendiri. Apabila menelaahnya, hendaklah kita anggap seolah-oleh ia sedang berbicara dengan kita. Akan timbul pertanyaan, bagaimana hendak berbicara dengan kisah-kisah lampau yang terdapat di dalam al-Qur’an? Di dalam al-Qur’an terdapat kisah-kisah Ahli Kitab, yakni kaum Yahudi dan Nasrani (Kristian) padahal kita bukan orang Yahudi mahupun Kristian. Di dalam al-Qur’an terdapat kisah nabi-nabi terdahulu padahal kita bukanlah kaum yang didakwahkan oleh para nabi tersebut. Lalu bagaimana memanfaatkan kisah-kisah sebegini?

Berikut akan diterangkan bagaimana kita dapat memanfaatkan kisah-kisah yang terdapat dalam al-Qur’an. Kita mulai dengan ayat-ayat yang membicara tentang Ahli Kitab. Ayat-ayat ini tetap ditujukan kepada kita orang Islam dan dapat kita telaah dan manfaatkan dari tiga sudut: 
Memanfaatkan kisah Ahli Kitab:
1. Mengambil iktibar daripada perjalanan hidup mereka.
2. Mempelajari kesilapan mereka agar tidak berulang kepada kita.
3. Menganalisa diri kita, adakah kita juga mengikuti sikap mereka?

Memanfaatkan kisah para Nabi terdahulu:
1. Mempelajari cara-cara berdakwah
2. Memberi ketenangan dan kekuatan dalam berpegang kepada kebenaran.
3. Membetulkan sejarah para Nabi.

Kita akan sama-sama membedah keenam enam tajuk tersebut di siri akan datang.

Salam hormat dari saya =)

Categories:

Leave a Reply