Assalamualaikum wrt.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah dipinjamkan kepada kita satu waktu untuk bernafas pada hari ini. Saya sebenarnya sayang untuk tidak menitipkan titisan dakwat dari pena siber ini walau sehari kerana saya sebolehnya mahu mengemaskini blog ini setiap hari namun ada hari saya sibuk dan ada hari saya lapang dan hari ini saya sibuk dengan peperiksaan, begitu juga esok dan lusa jadi saya mengambil kemudahan untuk berkongsi kepada pembaca sekalian dengan memetik artikel dari blog Ustaz Izzuddin mengenai zikir, jadi ayuh sama-sama kita luangkan masa 5 minit sahaja pada saat ini untuk menempah sejuzuk tiket ke Syurga. Jom.

Firman Allah S.W.T:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا (٤١) وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً (٤٢) هُوَ ٱلَّذِى يُصَلِّى عَلَيۡكُمۡ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتُهُ ۥ لِيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَڪَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَحِيمً۬ا (٤٣)

“Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah(dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNya( memohonkan keampunan untukmu) supaya mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya(yang terang).Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”
(Al-Ahzab: 41-43)
Ayat-ayat yang tersebut diatas menunjukkan bahawa rahmat Allah s.w.t dan doa para malaikat adalah hasil daripada zikrullah yang kamu kerjakan.Sebanyak mana kamu berzikir mengingati Allah s.w.t sebanyak itulah kamu akan diingati.

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, tujuh golongan yang akan dilindungi Allah s.w.t di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmat-Nya iaitu:

1-Pemerintah yang adil
2-Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah s.w.t.
3-Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.
4-Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah,mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah s.w.t.
5-Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata “Sesungguhnya saya takut kepada Allah!”
6-Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kananya.
7-Lelaki yang mengingati Allah s.w.t berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Hendaklah sentiasa berzikir pada waktu malam ataupun siang, didaratan ataupun di lautan, semasa berada dalam perjalanan atau tidak dalam keadaan miskin ataupun kaya ketika sakit ataupun sihat dengan perlahan ataupun nyaring dan dalam apa-apa saja keadaan.
Jadi, marilah sama-sama mulakan zikir masing-masing, dengan doa-doa sebelum tidur, doa sebelum makan, doa masuk exam dan macam-macam doa lagi. Juga zikir lepas solat, seperti yang anda tahu. Zikir yakni mengingati Allah dapat menolak kelalaian.

Zikrullah Dalam Kehidupan Muslim
Zikir dari seorang hamba kepada Khaliq-nya, melengkapkan hamba seorang mukmin.
zikir-7-kerendahan
Zikrullah di mana-mana sahaja, lazimkan hati dengan zikirullah.
zikir
Rasulullah s.a.w. juga pernah menggambarkan perumpamaan orang yang berdzikir kepada Allah seperti orang yang hidup, sementara orang yang tidak berdzikir kepada Allah sebagai orang yang mati: 
“Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Allah dan orang yang tidak berdzikir, adalah seumpama orang yang hidup dan mati.” (HR. Bukhari) 

Bahkan dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. juga mengumpamakannya dengan rumah. Rumah orang yang berdzikir kepada Allah adalah rumah manusia hidup, dan rumah orang yang tidak berdzikir adalah seperti rumah orang mati, atau kuburan. 

Seorang mu’min yang senantiasa mengajak orang lain untuk kembali kepada Allah, akan sangat memerlukan dzikrullah yang melebihi daripada seorang muslim biasa. Karena pada hakikatnya, ia ingin kembali menghidupkan hati mereka yang telah mati. Namun bagaimana mungkin ia dapat mengembang amanah tersebut, manakala hatinya sendiri redup remang-remang, atau bahkan juga turut mati dan porak-poranda. 

Dari sini dapat diambil satu kesimpulan bahwa tidak mungkin memisahkan dzikir dengan hati. Karena pemisahan seperti ini pada hakikatnya sama seperti pemisahan roh dan jasad dalam diri insan. Seorang manusia sudah bukan manusia lagi manakala rohnya sudah tiada serasi hengkang dari jasadnya. Dengan dzikir ini pulalah, Allah gambarkan dalam Al-Qur’an, bahwa hati dapat menjadi tenang dan tenteram. 

Firman-Nya: “(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” Surah Al-Ra’d:28(13:28).
 
Ketenangan hati juga berkaitan erat dengan kebersihan hati. Hati yang tidak bersih, tidak dapat menjadikan diri insan menjadi tenang. Bahkan penulis melihat bahwa kebersihan hatilah yang menjadi sumber tegaknya bangunan ketenangan hati. Dan disinilah dzikir dapat mengantisipasikan hati menjadi bersih, sebagaimana dzikir juga dapat menjadikan hati menjadi tenang. Dan ini pulalah letak asakan dzikir dalam hati seorang da’i. 

Adalah suatu hal yang teramat tabu bagi seorang da’i, meninggalkan dzikir dalam setiap detik yang dilaluinya. Karena dzikir memiliki banyak keistimewaan yang teramat penting guna menjadi bekalan da’wah yang akan mereka lalui. 

Salah seorang salafuna saleh ada yang mengatakan, “Lisan yang tidak berdzikir adalah seperti mata yang buta, seperti telinga yang tuli dan seperti tangan yang lumpuh. Hati merupakan pintu besar Allah yang senantiasa terbuka antara hamba dan Rabnya, selama hamba tersebut tidak menguncinya sendiri.”

Adalah Syeikh Hasan al-Basri, mengungkapkan dalam sebuah kata mutiara yang sangat indah: “Raihlah keindahan dalam tiga hal; dalam shalat, dalam dzikir dan dalam tilawatul Qur’an, dan kalian akan mendapatkannya…. Jika tidak maka ketahuilah, bahwa pintu telah tertutup.”

Inilah pentingnya dzikir bagi kebersihan hati seorang da’i. Dengan dzikir, seorang hamba akan mampu menundukkan syaitan, sebagaimana syaitan menundukkan manusia yang lupa dan lalai. Dengan dzikir pulalah, amal shaleh menjadi hidup. Dan tanpa dzikir, amal shaleh seperti jasad yang tidak memiliki roh. Mungkinkah aktiviti da’wah yang dilakukan da’i menjadi seperti jasad tanpa roh?



zikirSelepasSolat

Waallahualam.

Salam hormat dari saya,
Kriey, Irbid, Jordan.

Categories:

Leave a Reply