Assalamualaikum wrt.


Artikel hari ini mungkin sedikit pendek, namun ia tetap perkongsian bersama, ayuh lima minit sahaja untuk anda luangkan masa. =)


Tentang Iman

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah SWT yg telah mengizinkan kita hidup sehingga saat dan detik ini serta mencapai kita malam yg ke 12 Rabiul Thani 1432 H bersamaan 17Mac 2011m. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT dan meletakkan semua pejuang-pejuang islam untuk berada didalam senarai hamba-hamba-Nya yang akan mendapat keampunan dari-Nya.


Iman itu bak mutiara katanya Kumpulan Nasyid Raihan. Iman, adakalanya melonjak timggi dan ada kalanya merudum jatuh, iman ini pendinding bagi orang yang beriman. Iman mampu diperolehi dari sifat-sifat mahmudah iaitu seperti sabar, penyayang, baik hati dan seumpamanya.

Di Jepun, kejadian tsunami melanda, ingatlah sesungguhnya setiap musibah yang  menimpa kita tidak kira berupa sakit, kesulitan, kesusahan, kesedihan atau kelelahan, bahkan sehingga ke perkara-perkara sekecil tahi cicak jatuh ke tubuh sekalipun, maka semua itu sebagai penebus dosa. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW :-

"Tidaklah seorang mukmin tertimpa kelelahan, sakit, kesuliltan, kesedihan, kegundahan, dan gangguan, bahkan duri yang menusuknya sekalipun, kecuali Allah akan menghapuskan dosanya karena musibah itu.''
(HR.Bukhari dll)"

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :-

“Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Semakin besar musibah yang kita tanggung semakin besar dosa yang dihapuskan. Jadi sahabat-sahabat jangan sampai kita putus asa dari rahmat Allah SWT. Yakinlah bahawa Allah SWT itu sangat menyayangi kita sebab itu Dia tidak mungkin menganiaya kita. Mungkin amal kebaikan yang telah kita lakukan tidak mencukupi untuk menghapuskan dosa kita yang terlalu banyak maka musibah adalah salah satu cara yang Allah SWT jadikan untuk menebus dosa yang telah banyak kita lakukan.

Sahabat, jangan bersedih dengan apa yang berlaku kerana ianya ada banyak kebaikan untuk kita renungi bersama. Setia bersama kumpulan / saf-saf orang beriman Insya-Allah kita hadapinya bersama-sama. Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan perjuangan kita. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Salam hormat dari saya,
Kriey, Irbid, Jordan.

Categories:

2 Responses so far.

  1. SYUKRAN....Entry yang baik..PERINGATAN yang bermanfaat...inSYALLAh.....

Leave a Reply