Syukur : Alhamdulillah.

Fikirkan, ramai manusia hari ini yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Sahabat, teman dan pembaca sekalian, kalimat syukur ini kadang kala dilupai dan akan akan disedari jika kita terkena musibah. Hari ini anda sihat, hari ini anda mampu berjalan dan yang paling penting hari ini anda mampu menaip, menggerakkan tetikus dan mampu makan menggunakan tangan! Ya, sudahkah anda bersyukur? Anda menggunakan nikmat-Nya tanpa anda bersyukur, setelah anda merasai kepedihan dan kesusahan untuk menguruskan sesuatu perkara barulah anda mula mengerti bahawa selama ini anda tidak menyedari bahawa nikmat besar tersebut tidak disyukuri. Hari ini tangan saya luka terkena besi tajam, terkena pula di jari hantu. Jari saya luka selama ini  saya menaip guna jari yang mana, saya lupa setelah luka dan tak boleh guna jari yang selalu, baru saya sedar selama ini saya menaip guna jari hantu. yang tengah itu jangan kamu angkat tinggi-tinggi. "mencarut" nanti.Telah luka jari tengah saya ia itulah jari hantu saya guna jari telunjuk.Begitu lemahnya kita Allah beri luka sikit saja nama sendiri pun susah nak eja.

 Perkataan syukur yang sering dilupai.

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!


Hei teman, jangan kata saya mengata kepada kamu, ini adalah pesanan buat saya sendiri.Maka dengan itu, bermuhasabahlah kita sesama sendiri.

Salam hormat dari saya,
Kriey, Irbid, Jordan.
10.36a.m
13 Mac.
8 Rabiul. Thani.


Categories:

Leave a Reply