Alhamdulillah hari ini Hari Sabtu, 7 Rabiul Thani 1433, 12 Mac 2011 genaplah enam bulan saya berada diJordan.

Dalam mencari erti kata sebenar perjuangan saya di Jordan tidak lain dan tidak bukan pertamanya kerana Ilmu, kedua kerana untuk merealisasikan harapan ibu dan bapa saya dan ketiga untuk mendapatkan segulung Sijil Ijazah Sarjana Muda Usuluddin demi masa depan saya sendiri dan keluarga saya bila saya berkeluarga sendiri untuk mencari makan dan nafkah hidup bagi meneruskan liku-liku kehidupan yang mendatang kadang-kadang dihiasi dengan kegelapan dan dihiasi juga dengan kecerahan dan kerana kecerahan pilihan saya maka hari ini saya menanam azam baru bagi memperbanyakkan ilmu didada.

Kata emak, sijil tidak penting, yang penting sekarang ilmu kerana ilmu itu bukan seperti lilin yang mampu mencerahkan kawasan sekeliling sahaja tapi ilmu itu mampu mencerahkan satu dunia. Biarlah mereka kawan-kawan saya kebanyakan mengambil bidang kedoktoran dan mereka yakin mereka akan mendapat tempat nanti di legar pekerjaan namun saya tidak memfokuskan ruang pekerjaan, yang penting sekarang adalah ilmu walaupun pekerjaan saya suatu hari nanti adalah penceramah sahaja di masjid-masjid atau surau. martabat saya tidak akan rendah jika ilmu saya enuh didada dan harapan memiliki sebanyak mungkin ilmu itu adalah harapan saya sejak saya menceburi diri dalam pengkhususan agama.

Ilmu, jika tidak kita yang cari maka dia tidak akan datang bergolek. Rezeki juga macam itu, tiada siapa yang baru bangun dari tidurnya setelah membuka mata melihat duit banyak dbawah bantal, ke dapur tiba-tiba makanan sudah siap terhidang, tak perlu bekerja dan tidak perlu berfikir bagaimana untuk mendapatkan kerja. Itu mustahil. Oleh itu, untuk mendapatkan sesuatu, harus kita berusaha dan usaha serta usaha datang kita pergi padanya untuk mendapatkan sesuatu itu oleh yang demikian untuk mendapatkan ilmu, maka pergi dan pergilah mendapatkan ilmu itu dengan pelbagai cara sekalipun biarpun terpaksa mati dibunuh kerana mati dalam mencari ilmu adalah mati syahid sebagaimana hadis baginda secara mafhum يُغْفَرُ للشَّهِيْدِ كُلَّ ذَنْبٍ إلاَّ الدَّيْن yang membawa erti diampunkan segala dosa orang syahid kecuali hutang. (Hadis Riwayat Muslim) yang jelas menunjukkan bahawa orang syahid adalah orang yang mati ketika sedang melakukan kebaikan.

Moga niat saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya terus diperbaharui dari semasa ke semasa agar tidak tersasar dalam perjuangan ini. Moga Allah memberkati kami semua. Bittaufiq Wannajah.

Categories:

Leave a Reply