Hari ini pula 8 Mac 2011 yang membawa persamaan 3 Rabiul Thani 1433h jatuh pada Hari Selasa. Peperiksaan Awal mata pelajaran kedua yang saya ambil adalah Mata Pelajaran Tafsir bersama Doktor Redha Huwari. Tiada komen untuk soalan tersebut kerana telah saya lunaskan tanggungjawab menandakan sebanyak dan setahu mana ilmu saya yang telah saya pelajari kerana soalan sudah cukup jelas malah bersuluh pula bila ada keraguan tentang soalan tersebut, doktor sedia memberi terjemahan secara mudah dan tulisan kemas berkomputer sebanyak 10 soalan berkaitan madah dan 2 soalan berkaitan qira'ah zatiyah. Kalau ada salah silap jawapan saya itu, maka itulah kelebihan dan kelemahan saya sepanjang menuntut ilmu tafsir ini.

Alhamdulillah demam sudah beransur pulih cuma selsema dan masalah lendir masih lagi tersisa, insya-Allah dengan izin-Nya esok lusa semuanya sembuh seperti sedia kala, bila bercerita mengenai demam ini, sekali lagi saya teringat diwaktu saya zaman sekolah rendah dahulu, saya tinggal bersama keluarga angkat di Kota Bharu, pada keluarga angkat sudah tentu bersama saya abang dan kakak angkat. Salah seorang abang angkat saya sudah berkahwin dan ketika itu punyai seorang cahaya mata, jika tidak silap saya namanya Iman dan ketika itu usianya masih bayi, mungkin berumur 3 hingga 5 bulan. Demam merupakan permainan biasa bagi bayi yang baru lahir namun tidak mustahil jika bayi yang punyai imunasi yang tinggi langsung tidak pernah dijangkiti demam. Tidak kisah saya mengenai itu tapi saya ingin ceritakan disini mengenai pengorbanan. Oh, pengorbanan ibu bapa amatlah besar semasa bermulanya kita lahir seterusnya belajar meniarap, merangkak, bertatih dan berjalan bahkan memasuki pengajian dan menanggung kita sehingga kita masih belum kahwin. Itulah pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah sesetengah dari manusia berfikir mengenainya. Ok, kembali kepada demam bayi tadi, demam seperti kita sedia maklum sudah tentu akan bercampur dengan selsema dan selsema itu akan mengeluarkan lendir dari hidung yang dinamakan hingus.

Pada masa itu, Iman dijangkiti demam dan selsema. Oh, bayi itu selsema sungguh dasyat. Lendir hingusnya banyak sekali saya lihat. Tapi bagaimana seorang bayi kecil yang tidak mampu menguruskan diri lagi itu mampu mengawal lendiran yang tersumbat di hidungnya? Kita sendiri merasa tidak selesa bila selsema, asyik ketandas untuk mencucinya dan juga paling kurang menggunakan tisu sebagai jalan sementara mengatasinya dan bertelagah antara nafas dan tangan untuk menyelesaikan masalah ini. Itu kita, bagaimana bayi tadi? Aduhai, pengorbanan seorang bapa amat besar ketika itu, masakan seorang ibu yang berpantang mampu menggunakan tenaga yang besar untuk mengangkat bayi, menguruskan kecing berak dan memandikan bayi? bapalah memain peranan ketika itu, hingusan yang tersubat tadi disedut oleh bapanya dengan mulut untuk mengeluarkan hingus didalam hidung si Iman itu. Lihat, tidak merasa jijik si bapa ketika melakukan sedemikian untuk anaknya tapi pernah kita terfikir bagaimanakah kita sewaktu kecil dulu, begitu jugakah? Dan sanggup dan bersediakah kita untuk menjadi ibu atau bapa sedemikian?


Ya, tidak dinafikan itu adalah tanggungjawan seorang bapa tapi cuba fikir balik cara mengorbankan diri itu dibuat dengan pelbagai cara demi anak. Bercerita lagi mengenai hingus si anak kecil, maka teringat pulalah saya ketika saya kecil diwaktu dijangkiti demam dan selsema. Ada suatu hari itu, badan saya tiba-tiba demam dan saya mengadu kepada ibu saya yang baru sahaja pulang dari berniaga di pasar bersama bapa saya. Selepas saya mengadu demam dan kelihatan diri saya tidak bermaya, ibu tanpa mendahulukan mandi dan istirehatnya terus menguruskan saya walaupun diri ibu masih belum lagi diuruskan. Masuknya ibu kerumah lantas meletakkan bekas wang di tempat selamat kemudian mencapai sehelai kain dan mengisi air kedalam bekas lalu membaringkan saya di atas tilam dan membasahkan kain untuk diletakkan di atas badan saya, masa itu ibu belum kemana-mana sebelum siap menguruskan saya, mengelap badan saya supaya sedikit sejuk namun badan saya tidak juga sejuk kemudian ibu mengambil keputusan untuk bawa saya ke klinik pada malam itu juga walhal jam masa itu lebih dari 11 malam, macam mana saya tahu jam lebih dari 11 malam? kerana ibu saya baru pulang dari berniaga pasar malam, mustahil masa ibu saya pulang berniaga masih waktu petang. Ketika itu bapa bergegas menghantar saya ke klinik ditemani ibu disisi, ibu masih tidak berganjak bersama saya dari tadi sedangkan bapa sudah siap mandi dan seumpanya.

Oh, waktu itu saya masih dirumah lama, hidup kami sekeluarga masih lagi daif yang teramat, jauhnya klinik bukan kepalang, kalau anda biasa ke Kuala Lumpur jika perjalanan dari Kota Bharu mengikuti laluan Gua Musang, pasti anda akan melalui Jajahan Kuala Krai dahulu sebelum ke Gua Musang, Kuala Krai lah klinik satu-satunya ada dan rumah kami pula di Kampung Laloh, masa itu berdekatan Stesen JPJ Bechah Pulau, jauhnya ke Kuala Krai 30Km dan lebih. Sejak akhir-akhir ini sahaja baru ada klinik di Kampung Laloh setelah maju dibawa perubahan arus kemodenan.



Inilah tanggungjawab, inilah pengorbanan sebenarnya. Saya menulis artikel ini kerana saya baru sahaja sembuh dari demam dan saya teringatkan kisah saya demam sewaktu kecil dahulu bagaimana ibu dan bapa saya menjaga saya kerana hari ini saya berjauhan dengan mereka berdua di Bumi Anbiya' jauh di seberang laut untuk menuntut ilmu demi membalas pengorbanan dan jasa serta merealisasikan harapan mereka terhadap saya. Ada disini adalah saya dan rakan-rakan sahaja, susah senang rakanlah rakan, rakanlah sahabat, rakanlah abang, rakanlah kakak, rakanlah adik dan paling besar rakanlah ibu bapa saya kerana rakanlah satu-satunya wadah bersama saya disini pada hari ini dan sehingga saya tamat belajar.


Salam hormat dari saya.
Kriey, Irbid, Jordan.

Categories:

Leave a Reply