Hari ini peperiksaan awal dan kertas pertama bagi mata pelajaran yang saya ambil pada semester kedua iaitu mata pelajaran Madkhal Ila Aqidah Islamiah yang diajar oleh Doktor Yusuf Ziyut yang agak shadid. Jam 8 pagi peperiksaan bermula dan bila saya menerima kertas tersebut, saya terkejut bila kertas itu hanyalah sehelai sahaja, dan ada pelajar arab lain bertanyakan kepada doktor, adakah sehelai sahaja? Tiadakah kertas lain untuk dititipkan jawapan? Jawapan doktor adalah, tiada. "Jawablah kamu di atas kertas soalan tersebut di ruangan yang disediakan". Ruangan yang disediakan? Oh, jawapan harus ditulis di celah-celah soalan yang ditulis doktor dengan tulisan yang agak mengerikan. Aduhai doktor, hari itu semasa perjumpaan qisim pelajar syariah dengan dekan syariah sudah berjanji akan mengarahkan semua doktor menulis soalan peperiksaan dengan cetakan komputer tapi mungkin doktor ini berdegil kerana terlalu shadid, tulisan tangannya yang teramat saya tidak mampu baca dengan jelas. Mungkinkah tulisan ini ringkasan tulisan arab sehingga ada beberapa patah perkataan yang saya tidak mampu baca?

Atau mungkin juga ini bahasa Ammiah? Aduhai doktor, saya minta maaf jika soalan itu saya tidak menjawabnya dengan sempurna kerana tulisan doktor yang amat saya fahami. Ok tidak mengapa, mungkin juga saya yang tidak tahu maknanya.

Bercerita mengenai bahasa ringkas, bahasa Inggeris yang diringkaskan dan bahasa melayu yang diringkaskan. Pernah suatu hari dahulu di sekolah, saya berbincang dengan guru bahasa melayu saya, iaitu Cikgu Rosli Jaafar mengenai bahasa ringkas, katanya yang saya persetujui bahawa meringkaskan kalimat bahasa ini boleh tapi janganlah keterlaluan sehingga membuang segala huruf vokal A, E, I, O, U. Ketidakkerjasamaan huruf vokal dalam memberi khidmat penuh dalam penulisan ia mampu mencacatkan keindahan bahasa melayu, dimana uniknya satu bahasa itu jika ianya cacat? Haa, mari kita lihat jika sebuh keyboard itu rosak satu huruf misalnya huruf A lah katakan, kerjasama mengahsilkan bahasa indah itu tiada, seninya melayang bila Saya Cinta Awak bertukar menjadi Sy Cint Wk. Aduhai teman, ia menjatuhkan seni dan keindahan. Sekali imbas, ia seperti tulisan orang asli yang tiada tamadun sahaja? Tulisan ini adalah bagi saya, tulisan yang dipelajari dengan seorang guru namun tiba-tiba belum sempat belajar huruf A dengan guru tersebut, tiba-tiba guru itu meninggal dunia.. Aduhai, malang sungguh sesiapa yang berguru dengannya. 

Bahasa ringkas seperti ini biasanya banyak digunakan didalam perhubungan SMS, Slm, p kbr? chat k? Sdg wt p? Dh mkn? x k kls k? Bagi saya, sms boleh lah diringkaskan sebegini kerana ia menggunakan keypad telefon yang membahagikan huruf A sehingga Z dalam 8 butang iaitu dari butang nombor 2 hingga butang nombor 9.


Namun begitu, bagi saya lain jika ringkas penggunaan bahasa ini dalam menggunakan keyboard (papan kekunci) Komputer kerana ia akan mempengaruhi dalam urusan rasmi kita. Jika tidak rasmi seperti bersosial di laman Facebook ok sahaja namun jika terbawa-bawa dalam pekerjaan rasmi bagaimana? Seperti menulis surat rasmi, mengeluarkan surat rasmi, menghantar email rasmi, menulis perkara rasmi dll.

Keringkasan bahasa melayu telah pun dihadkan kepada beberapa bahagian sahaja namun saya tidak berjumpa dengan sumbernya, seingat saya pernah membaca satu buku yang menerangkan bahagian dan perkataan mana sahaja yang dibenarkan riungkas dalam tulisan bahasa melayu, ini sebahagian sahaja, tidak semua, maaf, saya lupa namun ini adalah ilmu untuk dikongsi bersama

Dan Lain-Lain = DLL.
Dan Sebagainya = DSB.
Sendirian Berhad = SDN. BHD.
Company = Co.
Agensi = AG.
(jika saya jumpa sumbernya, saya akan kongsikan)

Owh, ini hiburan untuk kita sambil memuhasabahkan diri
Semoga terhibur =)



Categories:

One Response so far.

  1. ~ Aku ~ says:

    Macam nak kenakan aku jah.

Leave a Reply