Kroni oh keroni, darilah kepimpinan dunia, turun kepada pemimpin negera atau pemimpin negeri hatta pemimpin syarikat atau company seterusnya pemimpin sekolah bahkan pemimpin persatuan kecil juga mengutamakan kroni!

Dashat jika pemimpin kita begini, saya lihat dengan mata saya sendiri bila pemimpin dunia menggunakan kroninya sebagai kambing hitam jika ada sesuatu dan memberikan habuan yang tinggi malah mempermudahkan lulus projek dengan mudah serta pembahgian projek dan tender seperti makan kacang yang sudah dibuang kulitnya!

Oh pemimpin, saya terkedu melihat pemimpin saya dari dulu sampai sekarang, projek di 'kampung' saya ini diperolehi oleh kroninya sahaja. Darilah menguruskan  tender itu dan ini, masuk kepada pengurusan atucara, pengurusan keperjalanan 'projek' malah 'muka' sama sahaja yang dilihat memegang mikrofon itu. Oh ini dia pemimpin saya, kesian juga saya kepada mereka yang lebih layak hanya termenung di pintu pagar menyaksikan mereka sedang rancak dengan projek-projek tersebut. Aduhai pak haji, poket mu itu sudah tebal, cukuplah membuncitkan perut seperti lembu kekenyangan, lainlah jika kamu menyempurnakan projek tersebut dengan teramat sempurna tapi kerja kamu meluatkan saya.

Oh kroni. Jatuh negara jika kamu menggantikan tempat Perdana Menteri sekarang.

Categories:

Leave a Reply