27.1 KEPERCAYAAN

Saya sedikit pun tidak marah bila ada yang tidak mempercayai saya dan mungkin ada yang sudah tahu bagaimana saya membuat kepercayaan, di zaman sekolah menengah dahulu, kawan-kawan tahu saya banyak bergurau namun ada tikanya saya benar-benar serius sehingga mereka semua mengenali saya termasuk guru-guru saya di sekolah, mereka tahu bahawa saya bukanlah jenis penipu namun ada masanya saya menipu, ok saya mengaku, kadang-kadang saya ada tipu guru kerana tujuan tertentu, maklumlah saya ketika zaman sekolah menjadi orang kepercayaan guru untuk melakukan sesuatu termasuklah pengetua sendiri, antara guru yang banyak saya tipu adalah Penolong Kanan HEM, kenapa saya tipu dan tika mana saya tipu? Saya biasanya menipu beliau untuk mempercepatkan proses kelulusan atau permit untu membuat program, saya biasa menyiapkan dahulu kertas kerja tanpa mesyuarat, bila ditanya oleh beliau ''sudah mesyuarat?'', saya akan mengiakannya walaupun masih belum bermsyuarat, kenapa? Jika saya bermesyuarat dahulu, kemungkinan 90% dari ahli mesyuarat (kalangan guru) akan bertanyakan kepada saya adakah program ini sudah diluluskan oleh HEM? Kalau tak diluluskan, maka sia-sia sahaja mesyuarat, kalau saya kata belum berjumpa HEM, maka saya digesa untuk merujuk kepada HEM terlebih dahulu, kalau saya berjumpa HEM terlebih dahulu, saya digesa pula oleh HEM supaya melakukan mesyuarat dahulu, jadi bagaimana? Baik saya menipu HEM, kalau saya menipu guru-guru ahli mesyuarat tiba-tiba HEM tidak meluluskan kemudiannya, macam mana? atau saya berterus terang kepada kedua belah pihak, sudah pasti akan berlaku seperti sebelum ini bahawa saya buat kerja tidak berprofesional, jadi bagaimana? Alhamdulillah saya sudah memohon maaf kepada semua guru-guru saya termasuk HEM sekali atas kesalahan saya semasa saya mahu duduki peperiksaaan dan ketika mahu meninggalkan sekolah tersebut.

27.2 SIFAT SAYA
 Ramai kawan-kawan saya sudah tahu bahawa saya ini bagaimana orangnya, boleh dipercayai atau tidak, ini ungkapan yang saya selalu gunakan bila saya yakin bahawa sesuatu perkara itu ''serius la saya katakan.... benar, baru-baru ini saya sudah lalui.... ya, saya pernah cuba.... betul, ini pengalaman saya...'' dan begitulah jika saya tidak menipu dan yakin dengan memberi kepercayaan kepada orang lain.

Ini pula jika saya was-was dengan kenyataan saya, ''aku rasa la kan..... mungkin kot.... kemungkinan/kebarangkalianlah..... agak-agak la.... kalau mengikut perkara-perkara lepas..... aih rasanya.....'' dan begitulah jika saya was-was untuk memberi keyakinan dan kepercayaan kepada orang lain jika ada yang bertanyakan kepada saya.

Jika saya menipu atau bergurau dengan kawan-kawan, saya biasanya menggunakan perkataan ini, ''agak-agak kau?.... atas jawapan kau sendiri..... buatlah pilihan.....entahlah... saya tak tahu akan hal ini... kemungkinan besarlah...'' dan begitulah jika saya bergurau atau menipu dan kadang kala saya gelak selepas saya memberikan jawapan tipu ini, maka dengan itu kawan-kawan saya tahu yang saya menipu mereka.

27.3 BARAN SEJUK
Saya mula belajar menyejukkan baran saya dari panas, saya akan bersabar jika ada sesuatu namun kadang-kadang kesabaran saya seperti getah atau belun, bila sampai tahap maksimanya, belon akan meletup, getah akan putus dan sabar saya juga akan memuncak, maka ada saja orang yang 'membuli' saya itu saya apa-apakan, itu dulu. Namun sekarang kadang-kadang saya tidak tahan sabar juga, tapi kerana sabar itu menambahkan iman kita, saya menjadi semakin penyabar. Saya banyak bersabar dan meluah dalam penulisan atau bertemu rakan-rakan karib saya yang memahami. Tapi satu sahaja sifat saya yang masih kekal, kalau ada yang tidak percayakan saya jika saya berkatakan sesuatu maka saya akan kata dalam hati ''kau lihatlah nanti, kalau tak percayakan aku, kau menyesal''. Kenapa saya kata dia akan menyesal? Kerana saya tahu bahawa saya benar dan masa itu saya tidak menipu. Lalu banyak juga peristiwa orang tidak percayakan saya, saya kata macam itulah didalam hati, maka sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kerana kesan tidak percayakan saya, maka saya akan kata terus-terang kepadanya ''kan aku dah kata, so sekarang jangan menyesalah sebab tak dengar kata aku'' atau jika orang itu yang sudah lama saya tidak puas hati, maka saya diam dan tidak kata apa-apa padanya tetapi saya akan jadi jahat kerana kata dalam hati ''hah, padan muka kau, aku cakap tak dengar''. lalu saya gelak dalam hati atau gelak sedikit seorang diri atau saya hanya senyum. Kalau yang tidak dengar cakap saya tapi tiada kesan apa-apa tu macam mana? Jika ada yang begitu, saya tidak katakan apa-apa cuma hanya boleh katakan dalam hati sahaja, ''alhamdulillah, nasib baik tiada perkara buruk berlaku, ini nasib kau''.

Apa lagi tentang saya yang belajar menjadi seorang yang sabar? Sudah tiada. Namun satu perkara ini saya tidak dapat klafisikasikan bagaimana kerana ia memang perangai saya dari kecil kiranya saya kekedai makan dan tiada pelayan yang datang mengambil pesanan selama lebih 3 atau 4 minit, maka saya akan cabut diri ke kedai lain dan jika makanan yang saya tempah tidak tiba seperti masa yang sepatutnya maka saya akan berlalu begitu sahaja, contohnya sepinggan mee goreng yang tidak sampai walaupun setelah 30 - 40 minit, maka saya berlalu dari kedai tersebut, atau jika saya tempah air biasanya, jika tidak sampai dalam 15 minit, maka saya juga akan berlalu walaupun ia sudah ditempah oleh saya dan saya akan patah balik jika ada tuan kedai atau pelayannya memohon maaf atas kelambatan dan menyatakan apa masalah kelambatan tersebut, maka saya maafkan dan saya duduk kembali ke bangku tersebut. Aii, ini perangai yang macam mana ya?

Salam hormat dari saya.

Categories:

Leave a Reply