Ya, ujian pada 12 Januari 2010. Berbaki 7 hari lagi, insya-Allah aku akan mulakan ulangkaji seminggu sebelum peperiksaan ini berlangsung. Sudah hampir seminggu aku cuti, Penat juga rupa-rupanya cuti ni.

Ya, tadi selepas solatnya Zohor di masjid, bersamaku beberapa not kecil Dinar Jordan dan beberapa keping syiling. Tergerak hati untuk ke Balad untuk mencari kipas, ya semalam walaupun telah jenuh mencarinya di Arabella Mall ; tiada. Di Irbid Mall ; tiada. Jadi mahu sahaja ke Balad, mana tahu ada yang terpaut di hati. Jalan kaki atau teksi? Jalan atau teksi? teksi atau jalan kaki? aii itulah yang bermain dalam fikiranku. ah jalan kaki sajalah. Eh, teksi ada ni, naik sajalah. Jadi, keputusannya, naik teksi. Tidak mahu juga naik sebenarnya tapi dilihatkan kepada teksi itu kereta cambry, bersih dan baru, maka naik la. Bila lagi nak rasai kereta besar.

Sesampai sahaja aku di Balad, mencari juga kedai elektronik. Rupanya musim sejuk sebegini mereka tidak jual barangkali kipas, aku bukannya mahu buat apa, hanya nak keringkan pakaian dan nak mudahkan urusan membakar arang jika nak makan ayam bakar dan satay seperti sebelum-sebelum ni lenguh juga mengibas guna sarang telur.

Tak sedih pun tiada kipas yang dijual, jadi rasanya mahu round2 saja balad tapi tiada gunanya jika tiada tujuan, round kosong, ok ok aku betulkan tujuan, cari kipas sambil round. Sedang enak round tiba-tiba dibelakangku kedengaran seperti lelaki dan perempuan bertumbuk. eh bertelagah. aku langsung tak berpaling ke belakang, semakin lama aku berjalan, suara itu semakin hampir kepadaku. Sah, mereka di belakangku! Semakin lama semakin kuat suara mereka bertelagah, aku perlahankan langkah kakiku dan akhirnya mereka memotong aku, si lelaki ; mungkin si suami mendukung anak kecil yang boleh bercakp itu dan ini serta disisinya perempuan ; mungkin si isteri hanya diam tapi sekali mengeluarkan suara, macam hililitar. Mereka bertengkar di khalayak? ya.

Biarkan mereka, aku meneruskan perjalan. Sedang enak mata meliar mencari benda yang bersayap itu akhirnya pasangan bahagia itu hilang dari pandanganku, apa nak dikisahkan sangat, biarkan. Maka diteruskan berjalan dan aku terus berjalan malah langkah ku langsung tidak berhenti, jalan dan jalan sehingga pada pertengahan jalan itu aku lihat anak kecil yang digendong tadi ditinggalkan seorang diri. Aku berhenti, dia menangis dan semua orang menyaksikannya lalu ada seorang pakcik memimpin tangannya, bila anak itu semakin kuat tangisannya maka si ibu ; perempuan tadi memanggil anak itu supa ke pangkuannya yang agak jauh dalam juga. Sah, anak itu telah cuba ditinggalkan di tengah-tengah pasar!. Mataku meliar mencari lelaki ; ayahnya tadi tapi tidak kutemui. Lalu bila anak kecil seusia 3 tahun dalam anggaran itu berlari kepada ibunya lalu dipeluk kaki ibunya dan tangan anak kecil itu dicapai lalu dibawa berjalan dengan laju sekali tanpa kudrat dan kemampuan anak kecil itu untuk pantas sepantas ibunya berjalan sambil masih lagi menangis dan mereka dua beranak itu berlalu.

Aku? Aku cuba ikuti dua beranak itu, ramai mata yang menumpu kepada mereka dan aku terpaksa mengalah kerana jika aku melangkah laju kakiku, nescaya ramai yang anggap aku mengejar mereka jadi aku perlahankan langkahku dan mengejar mereka dari jauh. Akhirnya mereka dua beranak itu hilang dari pandangan. Aku fikir, tidak kisahlah, bukannya penting dan dalam sedar atau tidak sebbenarnya aku telah jauh dari balad dan menuju ke Syimali (Utara). Lalu tersentak pada benak fikiranku untuk teruskan perjalan, ya, sudah lama aku ingin ke arah utara balad ini, ada apa agaknya disini, jika aku di tingkat empat bagunan apartment aku itu sudah kelihatan seperti ada perkampungan arah utara ini.

bersambung..




Yesterday - Instrumental Piano



Categories:

One Response so far.

  1. Adinda says:

    alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
    aku syok bace niiiii
    sambung laa cepattttttttttttt

Leave a Reply