Bermula 9 Disember lepas, hujan melanda Irbid dengan angin sempoi, 10 Disember Hujan berterusan dengan angin yang sedikit kencang, begitu juga 11 Disember dan akhirnya 12 Disember hujan mulai henti tetapi disambung dengan ribut pasir dan angin yang sejuk.


Tidak Tahu
Pada hari pertama hujan tu aku rasa malam sebelumnya sudah hujan kerana pada pagi 10 Disember sudah kelihatan basah dan hujan terus menyambung, sebenarnya aku tidak tahu yang malam itu hujan.

Tidak Terasa
Dan sejak hujan dan ribut ini melanda, aku masih tidak rasa kesejukan. Entah ada apa pada badanku ini, didalam status Facebook kawan-kawan semua melaporkan keadaan cuaca sejuk namun aku tidak berasa.


Baru Tahu - Alhamdulillah
Badanku langsung tidak berasa sejuk mahupun panas. Hanya berasa seperti sejuk waktu pagi Malaysia sahaja namun kesejukan yang teramat aku rasa semasa berwudu' sahaja. Itupun jika aku tidak berwudu' dengan air panas. Aku naik ke tingkat atas rumah Safuan untuk meminjam nota kitabah. Masuk saja aku kedalam rumahnya seakan berada dalam penghawa dingin pada suhu 16 darjah. Oh rupa-rupanya rumah dalam tanah ini tidak berasa sejuk!. Alhamdulillah.

Categories:

Leave a Reply