Otak terus berfikir. Ingin saja jadikan blog ini sebagai satu kawasan dada untuk meluahkan rasa. Biar tiada yang membacanya namun tetap aku menitipkan kale padanya.

Kisahnya
Ini kisah aku di Irbid, berumah sewakan bersama 3 sahabat, satu dari Terengganu dan 2 masing-masing dari Perak. Seorang dilantik ketua ; bertugaskan memegang wang rumah, menguruskan barang dapur dan berhubung dengan penjaga rumah jika punyai masalah.

Watikah Perlantikan
Kisah perlantikan memandatkan amanah kepadanya bukan juga atas persetujuan secara undian namun atas rasa bertolak ansur dua perkara ; orang pertama yang mendiami rumah ini dan dia yang beria-ia bertanyakan kami bertiga siapa akan menjadi ketua.


Kepercayaan
Dilihat kepada kemampuannya menguasai bahasa arab dan kemampuan memasak serta menguruskan rumah, aku percaya dia serius dan mempunyai ciri pemimpin yang baik untuk memipin rumah kami yang bertangga ini. Disitu ada masalah disini ada penyelesaian. Itulah yang kami nampak, aksesori dapur dihiasi dengan sempurna dengan periuk, pisau, kuali, bahan mentah bahkan setitik air minuman diuruskannya. Kewangan pula 100% ada padanya.

Melemahkan semangat
Kepercayaan itu adalah yang lalu, pada awalnya sahaja. Kini? sudah tiada lagi. Laporan kewangan beliau tidak tonjolkan, membeli itu dan ini tanpa izin dan persetujuan kami, dapur kering tiada diambil perihatin, nasihat menjaga kebersihan darinya suatu hari dulu tidak jatuh kepada nasihat diri sendiri. Maka cabaran ini aku mulai lemah semangat.

Lari diri
Setelah itu dan ini sudah tidak sama seperti dulu, aku menjadi semakin gelisah. Kalau barang dapur tiada dia akan beli menggunakan duit tabungan rumah, kalau aku yang beli susu misalnya tiada padanya bertanya harga susu bahkan dia juga yang tolong menghabiskan susu tersebut. Jika dulu aku membeli gelas bertangkai yang besar untuk kegunaanku, katanya itu adalah harta diri sendiri dan bukan untuk keperluan rumah maka aku redha jika tiada mendapat claim dari tabungan rumah namun sehingga hari ini aku jarang sekali melihat gelas itu di dapur, bila dicari ; tersentak aku terjumpa dalam biliknya. Aku? mula mahu lari diri.

Categories:

4 Responses so far.

  1. Adinda says:

    haiyyaa . saba saja lahh . takpom lari ke rumah aku . haha

  2. haha umah mu ado gapo gak. kena hambat ko pok guard dulu..

  3. ado cawe hk ado taka..
    4 butir ado,cukup a mu so haha

  4. mila, aku tok sea hok kecik. haha

Leave a Reply